Total Pageviews

Saturday, February 5, 2011

Aku, Engkau dan Mereka-Mereka Part I (Introduction)

Assalamualaikum..

Masa aku kecik dulu.. aku kawan ngan semua orang.. kalau gaduh pun,  aku gaduh ngan anak jiran aku je.. ;p
tapi gaduh2 gitu gitu ajela.. dah beso sikit mula la nak bergaduh ngan bebudak kampung sebelah.. lagi beso sikit masuk asrama mula la ade je tak puas hati ngan orang negeri lain.. pastu membeso lagi sikit start meluat dengan orang negara lain plak.. Semua orang lalu ape yang aku lalui kot? Aku dididik untuk menjadi seorang muslim yang baik, dan aku cuba untuk jadi seorang muslim yang berguna.. beso cabaran jadi muslim ni.. 



Aku masih lagi mencari cari maksud sebenar kesatuan dalam Islam. dah tua dah aku ni, tapi tu lah...  aku rasa macam kita ni bersatu.. tapi rasa rasanya macam tak aje.. Apa yang aku nampak perpecahan antara kita. Kenape ye? Oleh hal yang demikian.. mari kita berbincang mengenai perpecahan perpecahan yang berlaku dalam dunia Islam ni.. pastu kita cuba kecikkan skop sampailah perpecahan yang berlaku dalam masyarakat kite ni pulak..





 Semua umat Islam bersaudara kan? Ade satu benda yang agak memeningkan sikit pasal umat Islam skarang ni.. Dah lah  Non Muslim ramai tak suka.. sesama sendiri pun nak gaduh... Hairan la jugak sebab benda ni dah lama sangat berlarutan... agak menyedihkan, tapi tu lah.. dah jadi... nak buat camana..

Aku simpulkan umat Islam skang ni terbahagi kepada 2 puak besar.. Golongan Ahlus Sunnah Waljamaah dan juga Golongan Syiah.. banyak  lagi puak puak lain tapi yang terbesar yang dua ni lah.. bincang yang dua ni je lah dulu.. toksah nak pening2..




Kita tahu banyak pasal Ahlus sunnah ni.. tapi pasal Syiah ni... tak banyak yang kita ketahui.. Aku ni ilmu agama tak ade.. just nak tulis kat sini sebab concern semata mata.. mungkin ape aku taip ni banyak tak betul.. maka tolonglah betulkan ye.... 

Ape Syiah tu? Syiah ni terbahagi kepada beberapa bahagian (sect/mazhab), ada 22 tapi yang paling besonya ada 3.. macam kita ada mazhab.. diorang pun ada jugak.. group2 yang beso dalam syiah tu, mereka terdiri daripada Syiah Imam Dua Belas atau Imamiyyah/Ja'fariyyah  yang merangkumi 90% penduduk di Iran dan sebahagian besar penduduk Iraq dalam 60 peratus. Golongan Syiah yang lain termasuklah Ismailiyah dan akhir sekali Zaidiyah yang banyak di Yaman.

Negara negara yang banyak puak syiah selain Iran, Iraq dan Yaman, ade jugak diorang ni duduk di Turki dan negara2 Arab yang lain di negara negara ni, diorang minoriti.. Pakistan dan India pun ada.. Tapi kalau orang Malaysia ikut Syiah tu macam pelik la jugak.. tapi nak buat macamana terpengaruh dengan kebangkitan Revolusi Iran 1979.. 


Pendapat Ulama2 pasal geng2 Syiah ni pun berbeza beza.. ada yang berpendapat diorang ni sesat habis.. ada yang berpendapat tak sesat tapi salah Ijtihad.. Orang orang Syiah ni berpendapat Ahlul Bait maksum, Kita berpendapat Nabi dan Rasul aje yang maksum.. Bercerita pasal Ahlul Bait mereka ni adalah keturunan Rasulullah..  


Geng2 Syiah ni cukup2 taksub dengan Ahlul Bait dan juga Saidina Ali. Syiah Imamiah ni merupakan kumpulan Syiah terbeso.. Dalam Syiah Imamiah ni pula ada golongan Rafidhah... Syiah Imamiah Rafidhah ni menolak kepimpinan sahabat sahabat yang lain.. ada jugak orang-orang Imamiah yang tak tolak khalifah khalifah yang lain tuh..

Kesimpulan aku senang je.. yang jelas menentang syariat atau ape2 aje pegangan asas kita tu.. tu memang jelas tak betul.. tak kira la syiah ke apa ke.. aku pun tak berani nak sentuh pasal group  syiah  yang lain lain tu. Maksudnya yang selain Rafidhah tuh.. aku no komen.. berserah je la kat Allah, diorang pun bersyahadah juga.. yang aku angin ni yang jelas dan terang salahnya... Lagipun syurga neraka bukan mak abah kita punya... tak gitu? So pesan aku jangan senang2 nak kapirkan orang and of course.. Don't be stupid.. lihat gambar di bawah.. hehehe




Tu serba sedikit pasal Syiah.. yang jadi tak puas hati aku ni kat geng2 Imamiah Rafidhah yang menolak sahabat sahabat yang lain menjadi khalifah.. jumlah mereka agak ramai...meluat jugaklah nak layan geng2 ni..

Dari youtube aku nak tunjukkan kat korang betapa hampehnya perangai geng2 ni,  yang pertamanya.. golongan Rafidhah ni keje diorang menghina Khalifah pertama iaitu Saidina Abu Bakar As siddiq R.A
sila tengok video kat bawah ni :- 




Point terbesar diorang pasal perselisihan faham kecil ataupun selisih pendapat kecil antara Saidatina Fatimah dengan Saidina Usman pasal tanah Fadak (harta nabi) tu je.. maka dibesar besarkanlah ceritanya sampai sekarang buat fitnah kata Saidatina Fatimah tak tegur Saidina Abu Bakar sampai ke akhir hayat.. padahal yang mandikan jenazah Saidatina Fatimah bini Saidina Abu Bakar sendiri.. pelik kan? 




Ape perasaan kita orang hina khalifah kita sampai begitu sekali? hmmm.. ada lagi ni.. tak cukup tu.. diorang benci pulak Saidina Umar Al Khattab.. ingat tak sape bunuh Saidina Umar? Abu lu'lu seorang Majusi.. ni ada video orang Syiah Rafidhah meraikan Abu lu'lu Gile betul...






Aku mencari jugak video diaorang kutuk saidina Usman, tapi tak jumpa plak ada dalam bahasa Pakistan aje.. aku pun tak paham.. tapi ade satu ni Imam Syiah Ali Sistani mencaci Saidatina Aisyah.. di translate oleh seorang penceramah dan dalam video ni ada jugak gambar surat fatwa yang ditandatangani oleh Imam Ali Sistani yang mengeji Saidatina Aisyah tuh..





Ni contoh diorang semayang di imamkan oleh seorang ulama' mereka yang terkenal.. aku tak kenal le.. siap buat macam doa kunut berdoa supaya Allah melaknat para sahabat..




Hmmmm.... ok.. korang pikir la sendiri.. walaubagaimanapun aku takleh la nak 'bias'.. baru-baru ni  keluar plak fatwa terbaru Imam Khamenei yang melarang menghina para Sahabat.. so... Sistani ni memang jelas fahaman Rafidhah yang Khamenei pulak bukan Rafidah dalam group Imam 12 ni..




Tapi tulah.. andainya kalau mereka tak mengamalkan TAQIAH.. aku gembira gak mendengo fatwa khamenei ni.. tapi tah la sangka baik je lah kan.. ( Taqiah bermakna bermuka-muka. Ia termasuk akidah utama Syiah sehingga menurut mereka : Tidak ada agama bagi mereka yang tidak bermuka-muka)


Semua ni berlaku sebab ketaksuban mereka terhadap Saidina Ali.. diorang rasa Saidina Ali ni yang patut jadi khalifah, bukan Saidina Abu Bakar, Saidina Umar dan Usman... apa nak kecoh akhirnya Saidina ALi dilantik juga jadi Khalifah.. Saidina Ali pun tak pernah la plak nak kecik hati ke ape ke.. kalau Saidina ALi tak puas hati takke dah berperang dia dengan 3 khalifah sebelum tu.. 

Jadi begitulah.. Aku saja nak highlight Sunni Vs Shiah ni sebab Syiah ni tergolong dalam 25-30 peratus jumlah umat Islam.. dah nak dekat 300 juta orang tu..yang geng2 Rafidhah ni pun ramai.. ngeri jugak la kan.. Beginilah..  U.S pun takut dengan China sebab penduduk dia dah 1 billion lebih.. Kita umat Islam pun lebih kurang ramai penduduk China jugak.. Kita ni semua bersaudara dan sepatutnya kita tidak dipisahkan oleh sempadan geografi..  macamana nak jadi kuasa besar ni? Kepada pemecah belah kesatuan umat Islam ni.. aku cuma boleh kata...





Tu je kot?? hehehe.. Ye lah.. kita doakanlah agar diorang kembali ke pangkal jalan.. adehh...Ok le semua.. nak komen komen le.. silekan... Bab 2 aku nak cerita Orang Ahlus Sunnah yang gaduh ngan orang Ahlus Sunnah pulak... Gaduh aje ye? Sabo je lah ye..
Akhir kata.. Semoga bertemu lagi di lain lembaran.. Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment